| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Majlis Penyampaian Sumbangan Mangsa Banjir Oleh Persatuan Pegawai Penjara  (POA) Kepada Kakitangan Penjara Marang Dan Parol Terengganu

Majlis penyampaian sumbangan mangsa banjir oleh Persatuan Pegawai Penjara  (POA) kepada kakitangan Penjara Marang dan Parol Terengganu telah diadakan pada 7 Januari 2015  bertempat di Bilik Gerakan, Penjara Marang, Terengganu. Majlis penyampaian ini telah disempurnakan oleh YBhg. KPj Dato' Wan Abdul Rahman bin Abdullah, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan). Seramai 17 orang kakitangan daripada Penjara Marang dan Parol Terengganu telah menerima sumbangan tersebut. Turut bersama di majlis tersebut TKPj Ariffin bin Mohd Noor, Setiausaha Persatuan Pegawai Penjara(POA), PKK Hamzani bin Che Berahim, Pengarah Penjara Marang, PKP Mat bin Yaacob, Pengarah Pusat Koreksional Dungun dan PKP Mohd Shukri bin Harun, Pengarah Pusat Pemulihan Akhlak Muar. Semoga sumbangan yang disampaikan oleh Persatuan Pegawai Penjara (POA) ini dapat meringankan beban yang ditanggung oleh mangsa-mangsa banjir.

 

""